Alhamduliilah. Syukur kepada Allah , keputusan SPM telah diumumkan. Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang kurang berjaya.....ini bukan pengakhiran bagi hidup kamu. Bagi yang berjaya jangan lupa Allah, ibubapa dan juga guru-guru.
Kepada calon SPM tahun 2014 bermulalah dari sekarang . Jangan tunggu disaat akhir untuk mengulangkaji. Bersungguh dan ikhlas dalam belajar. Tunaikan amanah Allah. Jangan lupa hormati ibubapa dan guru. Insya Allah kita akan berjaya
Evolusi Masa
Wednesday, March 19, 2014
kembali..........
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Penyayang dan Salawat ke atas Rasulku Muhamad S.A.W. Alhadulillah setelah sekian lama aku tidak menulis atau memuatkan apa-apa post dalam Blog Evolusi Masa, hari ini aku telah di beri ruang masa oleh Allah kembali melihat-lihat dan meninjau-ninjau di blog ini. Insya Allah kiranya di berikan ruang waktu oleh Nya aku akan mula memaparkan semula post-post dan gambar untuk tatapan saudara-saudara dan pelajar-pelajar......
Friday, September 2, 2011
GURU KERJA LUAR
ARKIB : 02/09/2011
Guru kerja luar semakin serius, kementerian perlu kaji
KUALA LUMPUR 1 Sept. – Kementerian Pelajaran perlu melakukan pemantauan yang menyeluruh berhubung fenomena guru membuat kerja ‘luar’ kerana ia boleh mengganggu dasar pendidikan negara.
Sambil menyifatkan fenomena itu semakin serius kebelakangan ini, Pensyarah Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Anuar Ahmad berkata, Kementerian Pelajaran juga perlu menjalankan kajian mengenai perkara itu bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.
‘‘Oleh kerana tiada data yang dapat membuktikan hal ini berlaku, sukar untuk Kementerian Pelajaran mengambil langkah mengatasinya.
‘‘Pihak persatuan guru juga pasti akan menafikannya tetapi cubalah bertanyakan kepada ibu bapa kerana sebahagian besar daripada rungutan mengenai perkara ini datangnya daripada mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Menurut Anuar, antara kerja luar yang sinonim dengan guru adalah mengajar di kelas tuisyen berbayar, terlibat dengan perniagaan skim piramid (MLM), menjadi ejen insurans serta pelbagai produk seperti pakaian, aksesori perhiasan dan barangan kecantikan.
Katanya, disebabkan komitmen pemikiran, masa dan tenaga lebih terarah kepada kerja luar, ada guru yang mengabaikan tugasan hakiki iaitu pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
‘‘Akibatnya guru-guru ini secara fizikalnya akan menjadi letih dan tiada masa untuk membuat persediaan pengajaran.
‘‘Tidak hairan selepas 13 tahun anak-anak kita di sekolah rendah, namun masih belum berkeupayaan untuk menulis walau hanya sebaris ayat bahasa Inggeris dengan lengkap,” katanya.Apa yang membimbangkan, kata Anuar, disebabkan sistem pendidikan negara tidak membenarkan ulangan kelas, pelajar yang gagal menguasai pelajaran juga akan tetap mengikuti kenaikan kelas.
Ditanya adakah faktor gaji menjadi penyebab utama, Anuar berkata, skim gaji guru ketika ini sebenarnya masih boleh memenuhi semua keperluan hidup dengan baik dan berkualiti.
‘‘Tetapi ada guru yang masih belum berpuas hati bila membandingkan pendapatannya dengan eksekutif di sektor korporat yang berpendapatan berlipat kali ganda.
‘‘Apa yang lebih diperlukan ialah memastikan setiap guru benar-benar memahami tanggungjawab mereka,” katanya.
Adakah kerana guru kerja di luar pelajar tidak boleh menulis sebaris ayat dalam Bahasa Inggeris......kepada yang berpendapat sebegini marilah turun ke sekolah dan hadapinya bersama dan merasa nikmat mengajar.anak-anak sekolah...dan cubalah sama-sama merasa skim gaji guru....(tidak perlu banding dengan sektor korperat tapi bandingkan dengan sektor pendidikan yang lain.....kenaikan gred yang perlu tunggu puluhan tahun)
Monday, August 1, 2011
Thursday, May 26, 2011
MAJLIS PERPISAHAN EN. MAHATHIR BIN AINI, PUAN HAJAH NURZANA DAN PUAN SITI NURKHAIRAH
Hari ini berlangsung majlis perpisahan En Mahathir GPK HEM, Puan Hajjah Nurzana, GKMP Bahasa dan Puan Siti Nurkhairiah, Kaunselor. Majlis berlangsung secara sederhana namun meriah dengan hadiah dan cenderahati. En Mahathir akan berpindah ke SMK Tinggi Segama sebagai GPK HEM, Puan Hajah Nurzana kana berpindah ke SMK Tinggi Segamat sebagai GKMP Bahasa dan Puna Siti ke Kemaman Terangganu mengikut suami.
Diharap mereka akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang di tempat yang baru.
Diharap mereka akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang di tempat yang baru.
Sunday, May 22, 2011
TEKNIK MENJAWAB SOALAN SAINS SPM KERTAS 2 BHG A (part 2)
MEMBUAT PEMERHATIAN
Seperti yang telah dijanjikan dulu Sciencesifu uploadkan lagi Teknik Menjawab soalan Sains Teras SPM . Semoga sedikit sebanyak dapat membantu guru-guru dan para pelajar. Terima kasih.
di bawah ini link, sila klik.
http://www.docstoc.com/docs/80196343/TEKNIK-MENJAWAB
Seperti yang telah dijanjikan dulu Sciencesifu uploadkan lagi Teknik Menjawab soalan Sains Teras SPM . Semoga sedikit sebanyak dapat membantu guru-guru dan para pelajar. Terima kasih.
di bawah ini link, sila klik.
http://www.docstoc.com/docs/80196343/TEKNIK-MENJAWAB
SOALAN SETENGAH TAHUN SCIENCE TINGKATAN 5 2011(PAPER 1)
Assalamualaikum Siencesifu ucapkan. Sudah lama saya tidak update kan blog ini ( yang berkaitan dengan Mata pelajaran Sains ) Difahamkan hampir semua sekolah telah dan sedang menjalankan peperiksaan pertengahan tahun. Bagi sekolah Sciencesifu, kertas sains teras bagi tingkatan 4 dan 5 telah pun dijalankan. Dibawah ini pautan untuk kertas soalan pertengahan tahun SAINS TERAS TINGKATAN 5 2011.
PAPER 1
http://www.docstoc.com/docs/80189654/?key=NDY1ODIxZTAt&pass=MTgzMy00M2M2
SKEMA PAPER 1
http://www.docstoc.com/docs/80195395/skema-paper-1-sceince--f5-mid-term
PAPER 1
http://www.docstoc.com/docs/80189654/?key=NDY1ODIxZTAt&pass=MTgzMy00M2M2
SKEMA PAPER 1
http://www.docstoc.com/docs/80195395/skema-paper-1-sceince--f5-mid-term
Subscribe to:
Posts (Atom)