Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Friday, April 29, 2011

MINGGU SAINS DAN MATEMATIK SMK BULOH KASAP 2011

Dengan tema 'SCIENCE AND MATHEMATICS IS THE WINDOW  TO THE WORLD'S TECHNOLOGY' SMK Buloh Kasap telah berjaya  menganjurkan Minggu Sains dan Matematik peringkat sekolah tahun 2011. Ia diadakan bermula 25 April hingga 29 April 2011. Sepanjang minggu berbagai acara dan aktiviti telah di jalankan. Terdapat juga acara dan aktiviti yang dijalankan sebelumnya seperti pertandingan rekacipta glider.

PERASMIAN






Pihak sekolah juga telah menjemput beberapa 'feeder school' yang berhampiran untuk memeriahkan Minggu Sains dan Matematik. Lima sekolah telah pun dijemput iaitu SK BULOH KASAP, SK KUALA PAYA, SRJKC BULOH KASAP, SRJKT MUAR RIVER DAN SK SEPINANG. Ini bertujuan untuk merangsang dan memupuk minat terhadap Sains dan Matematik apabila berada di sekolah menengah nanti.
LAWATAN



Terdapat beberapa acara dan pameran yang menjadi tumpuan pelajar seperti Rocket Air (paracut), Solar Car, Solar Boat , Sound Wave dan Fire Cracker.













PAMERAN














Program ini juga turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran daerah Segamat.




Semoga acara ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang dan menambah dan mepupuk minat terhadap bidang Sains dan Matematik.





Sunday, November 21, 2010

HIDUP KITA


Bertemu dan berpisah ialah adalah  rencah dalam hidup kita. Kita akan mengalaminya sepanjang masa sehinggalah bercerai nyawa dari badan, itulah perpisahan terakhir kita. Saban tahun ada sahaja yang akan bertukar atau berpindah tempat kerja.  Bagi Sciencesifu, tahun ini merupakan tahun yang memberi kesan dihati. Dua sahabat  baik Sciencesifu akan berpindah.



En Mohd Ziani bin Idrus akan berpindah ke kampung halamannya di Tangkak. Tahniah diucapkan kerana bertahun telah memohon  dan akhirnya berjaya pada tahun ini. Beliau akan berpindah ke SMK Parit Bunga.
Sepanjang beliau berada disini,  banyak sumbangan yang telah diberikan untuk pembangunan sekolah. Merupakan diantara pengasas(Setiausaha)  Koperasi Sekolah yang bermula dari ‘0’ hinggalah menjadi  sebuah koperasi sekolah yang paling stabil dari segi kewangannya dan pentadbirannya. Merupakan ketua Panitia Sains yang telah bersama-sama menaikkan peratus pencapaian mata pelajaran Sains Teras SPM. Tidak lokek berkongsi ilmu, sering membantu  ,berbudi pekerti mulia  dan tutur katanya yang sopan. Seorang guru yang tidak kasar dan lembut bahasanya dengan pelajar mahupun rakan setugas. Sentiasa menjadi ‘backup’ kepada rakan setugas terutamanya dalam matapelajaran Sains Teras.

Selamat maju jaya diucapkan kepada beliau, semoga beliau akan terus berbakti dan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.
'MACHO'........

En Zaifulnizam bin Ahmad pula akan bertukar ke Melaka mengikut isterinya. Beliau merupakan seorang rakan yang  ‘tak banyak cakap’, sangat menghormati guru senior. Panggilan Abang pada ku tidak pernah lekang dibibirnya. Rakan yang banyak membantuku dalam pengurusan pasukan olahraga sekolah semasa aku menjadi Pengurus. Beliau juga merupakan Pengurus Pasukan Sepak Takraw sekolah yang telah banyak menempa nama di peringkat daerah, negeri dan juga kebangsaan. Semoga beliau terus maju dan mendapat kejayaan yang cemerlang di sekolah barunya nanti. Perjalanannya masih jauh.

Kepada kedua sahabat,  Sciencesifu memohon jutaan maaf sekira terdapat kesalahan yang tersurat mahupun tersirat.Itu sudah adat…………HIdup Kita

Saturday, November 6, 2010

SOALAN AKHIR TAHUN SN FORM 4 PAPER 2 2010

Assalamuaklaikum dan salam sejahtera cikgu ucapkan kepada semua pelajar dan semua rakan guru di mana saja berada. Peperiksaan akhir tahun sudah sampai ke penghujungnnya. Diharap mendapat keputusan yang cemerlang. Disini cikgu ingin kongsikan Soalan Akhir Tahun Sains Teras Tingkatan 4 daerah cikgu. Semoga soalan ini dapat membantu pelajar sebagai ulangkaji untuk tahun hadapan dan juga sebagai bahan bantu mengajar untuk guru-guru. Tak lupa juga kepada pelajar yang berada di utara (yang sedang menghadapi ujian Allah-banjir)  cikgu berharap semoga tabah menghadapinya.

Insyaallah cikgu akan upload soalan Sains Akhir Tahun tingkatan 4 Kertas 1 dan juga Soalan Sains Tingkatan 1 dan 2 dalam entry yang berikutnya..Wassalam. - Sciencesifu

untuk mendapatkan soalan sila klik pautan di bawah
SOALAN AKHIR THN F 4 SN TERAS .pdf

Thursday, October 21, 2010

TEKNIK MENJAWAB SOALAN SAINS TERAS KERTAS 2 BAHAGIAN A (PART 1)

Salam sejahtera cikgu ucapkan kepada semua. Peperiksaan SPM makin hampir, begitu juga dengan peperiksaan akhir tahun. Ada sesetengah sekolah di daerah atau negeri telah pun bermula peperiksaan akhir tahun. Di sini cikgu ingin berkongsi sedikit tips bagaimana untuk menjawab soalan kertas 2 Bahagian A. Dalam ' part 1 '  cikgu menerangkan bagaimana mengenalpasti pembolehubah yang terdapat pada soalan. Ingat jawapan dalam bahagian A ini 50% terdapat pada soalan itu sendiri. Untuk itu, sila klik pautan dibawah.

Teknik menjawab bhg A kertas 2 Sains Teras.pdf
 Cikgu ucapkan selamat menghadapi peperiksaan dan selamat berjaya.

Wednesday, October 20, 2010

CIKGU KENAPA TAK BOLEH JAWAB SOALAN SAINS TERAS NI...TAK BOLEH SCORE...?......

“Cikgu kenapa tak boleh jawab soalan sains ni…, kenapa tak boleh score…..saya dah baca buku teks , dah baca buku rujukan dah hafal semua formula masih lagi tak boleh jawab, terutama kertas2. Macam ni susahle saya”. “Betulke awak dah baca  semua?. Kan ada versi Bahasa Melayu kan..kalau kurang mahir dalam Bahasa Inggeris”. 

Inilah perbualan biasa dengan pelajar. Setiap kali selepas peperiksaan samada pertengahan tahun, akhir tahun atau percubaan. Saban tahun cikgu menghadapi situasi begini. Sebenarnya ada beberapa faktor mengapa pelajar tidak dapat menjawab soalan Sains Teras terutamanya kertas 2. Faktor-faktor tersebut sering diperkatakan oleh penceramah motivasi seperti teknik belajar, pemakanan, tidur yang tak cukup, hubungan dengan ibubapa, guru dan Allah S.W.T.



Disini cikgu ingin nyatakan 2 (berkaitan dengan Sains Teras) faktor mengapa pelajar tidak dapat menjawab soalan Sains Teras dengan baik.
Kita ambil contoh pelajar yang ingin mengambil ujian memandu samada motosikal atau kereta . Bolehkah kita belajar memandu dan pakir dengan hanya membaca manualnya sahaja. Bayangkan anda membaca  dan menghafal  manual pemanduan kereta selama sebulan dan selapas itu pergi mengambil ujian tanpa berlatih memandu. Silap haribulan kita boleh menyebabkan kematian kepada penguji maupun kita sendiri. Ini sama juga dengan ahli-ahli sukan , pertandingan tanpa latihan(hanya membaca syarat dan manual pertandingan)tidak akan memberi makna apa-apa.

Perkara pokoknya ialah latihan. Pelajar seharusnya membuat latihan  terutamanya soalan-soalan tahun lepas. Boleh mengikut bab demi bab (topical) . Biasakan menjawab soalan-soalan tahun lepas  kerana bentuk soalan SPM  sama setiap tahun. Kadang-kadang terdapat juga soalan yang diulang semula tetapi telah diubah suai.
Latihan ini pula mestilah disertai dengan tunjuk ajar dari guru. Ingat belajar tanpa guru boleh membawa kita menjadi sesat. Seringlah bertanya dengan guru tentang teknik  menjawab yang betul, mudah cepat dan tepat. Carilah guru yang berpengalaman terutamanya yang biasa menanda kertas SPM atau menggubal soalan. 

Seterusnya. jangan malas membaca soalan. Cikgu dapati ramai pelajar yang malas membaca soalan terutamanya apabila soalan itu terlalu panjang. Pelajar meninggalkan begitu sahaja soalan tersebut dan akhirnya mereka ‘tembak’ . Ini sering berlaku pada kertas 1.  Bagi soalan kertas 2 , terdapat pelajar tidak membaca soalan utama. Pelajar terus sahaja menjawab soalan bahagian-bahagian kecil . Kebanyakkan maklumat terdapat dalam soalan utama.Bagi bahagian A(kertas 2) lebih 50% jawapan terdapat pada maklumat yang disertakan dalam soalan utama. Jangan terlalu gopoh. Baca soalan dengan teliti . Fahamilah kehendak soalan.


Inilah diantara punca-punca yang cikgu dapat kesan mengapa pelajar tidak dapat menjawab soalan sains dengan baik walaupun sudah belajar(membaca buku), menghafal dan sebagainya.
Dikesempatan ini cikgu ingin mengucapkan selamat berjaya kepada calon-calon SPM. Banyakkan berdoa. Ingatlah belajar kerana Allah dan Rasul. Insyaallah  kita akan berjaya.

Sunday, October 17, 2010

MAJLIS PERPISAHAN TUAN HAJI MUIN BIN ABDUL GPK KOKURIKULUM


Pada hari Jumaat 8.10. 2010 telah berlansung majlis perpisahan Tuan Haji Muin bin Abdul GPK KoKurikulum SMK. Buloh Kasap. Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Penolong Kanan SMK Ahmad Arshad, Batu Anam. Beliau telah berkhidmat di SMK Buloh Kasap selama 10 tahun bermula 1.4.2000. Sebelum ini beliau bertugas di SMK Tinggi Segamat. Beliau berpindah ke SMK Buloh Kasap sebagai guru biasa kemudian dilantik sebagai GKMP Bahasa dan seterusnya dilantik sebagai GPK KoKurikulum.Sepanjang beliau menjadi GPK Ko Kurikulum banyak kejayaan telah dicapai dan diantaranya telah menempa nama diperingkat kebangsaan. Beliau akan mula berkhidmat sebagai Guru Penolong Kanan pada 16.9. 2010. Tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Muin bin Abdul dan selamat maju jaya.
ucapan terakhir




Puan Noraini Ahmad

En. Lim Tou Suan

Ustaz Kairul Azman

Pengerusi bililk guru(En. Zahrul)

En Khider Guru Penolong Kanan

Tuan Pengetua ( Miss Lee Geok Eng)

Penghargaan..



Selamat Tinggal SMKBK