Tuesday, September 14, 2010
Raya di rumah guru dispilin...
Syawal kali ini di meriahkan lagi oleh kehadiran pelajar SMKBK. Sesunguhnya cikgu mengucapkan terimakasih dan berbesar hati atas kehadiran kalian. Sesungguhnya cikgu tidak pernah sedikitpun menyimpan apa-apa perasaan dendam atau marah. Cikgu hanya menjalankan tugas cikgu dengan tulus dan ikhlas. Prinsip cikgu, yang salah kena betulkan kerana kita memang kena berpesan-pesan dengan kebenaran. Salam aidil fitri dan maaf zahir batin..
Sunday, September 12, 2010
Water Rocket
Water rocket
Jump to: navigation, search
Not to be confused with black powder powered bottle rockets.
A water rocket is a type of model rocket using water as its reaction mass. The pressure vessel—the engine of the rocket—is usuallyhttp://en.wikipedia.org/wiki/Water_rocket a used plastic soft drink bottle. The water is forced out by a pressurized gas, typically compressed air.The term "aquajet" has been used in parts of Europe in place of the more common "water rocket" and in some places they are also referred to as "bottle rockets" (which can be confusing as this term refers to a firework in other places).
http://en.wikipedia.org/wiki/Water_rocket
Monday, September 6, 2010
Kerja Masa Cuti.
Asssalamualaikun Cikgu ucapkan kepada semua pelajar 5MPV. Di sini juga cikgu ingin mengucapkan selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Tak lupa juga cikgu sertakan kerja masa cuti. Sila jawap dalam kertas foolscap dan kita akan bincangkan selepas cuti nanti. Sekian terimakasih dan selamat bercuti. Jaga diri dan keselamatan
1. Light intensities effect the growth of bacteria.a. Based on the statement above write a suitable hypothesis
b. Describe an experiment that you can carry out in the laboratory . You experiment should include:
i. Aim of the experiment
ii. Identification of the variables
iii. List of the apparatus and material
v. Step/procedure
vi. Tabulation of data.
2. Different metal have different reactivity with oxygen.
a. Based on the statement above write a suitable hypothesis
b. Describe an experiment that you can carry out in the laboratory . You experiment should include:
i. Aim of the experiment
ii. Identification of the variables
iii. List of the apparatus and material
v. Step/procedure
vi. Tabulation of data.
P/S sila buat sedikit catatan/ulasan pada ruang Ulasan menandakan kamu dah lihat post ini.
Thursday, September 2, 2010
body coordination
Bab 3 Koordinasi Badan
1. KOORDINASI BADAN
Koordinasi badan menyelaras aktiviti sistem-sistem dan organ-organ Koordinasi badan terdiri dari koordinasi saraf dan koordinasi kimia. Koordinasi badan penting supaya setiap anggota badan dapat berfungsi secara bersepadu.2. SISTEM SARAF KITA
Sistem saraf kita berbahagi kepada 2 bahagian iaitu sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi.| SISTEM SARAF | KOMPONEN DAN FUNGSINYA |
|---|---|
| SISTEM SARAF PUSAT | 1. OTAK - berfungsi sebagai pusat mentafsir maklumat. 2. SARAF TUNJANG - menyambungkan otak dengan saraf periferi dan juga sebagai pusat kawalan tindakan refleks. |
| SISTEM SARAF PERIFERI | 1. SARAF KRANIUM - menyambungkan otak dengan anggota di kepala seperti mata. 2. SARAF SPINA - menyambungkan bahagian lain dalam badan dengan saraf tunjang. |
| NEURON | FUNGSINYA |
|---|---|
| DERIA | Menerima ransangan, menjana impuls dan seterusnya menghantar impuls itu ke neuron perantaraan. |
| PERANTARAAN | Menerima impuls dari neuron deria dan menghantarnya ke neuron motor |
| MOTOR | Menerima impuls dari neuron perantaraan dan menghantar ke otot untuk gerak balas. |
Bahagian-bahagian dalam neuron pula mempunyai fungsi seperti dibawah :-
| BAHAGIAN NEURON | FUNGSI |
|---|---|
| BADAN SEL | Bahagian yang menempatkan nukleus dan berfungsi sebagai pusat aktiviti sel |
| AKSON | Membawa impuls keluar dari badan sel |
| DENDRON | Membawa impuls masuk ke dalam badan sel |
| SALUT MEILIN | Melindungi akson dan dendron |
| SINAPS | Ruang khas diantara neuron-neuron yang membenarkan impuls mengalir dalam satu arah sahaja |
| RESEPTOR | Struktur khas pada neuron deria ini menjana impuls apabila ia menerima ransangan |
| EFEKTOR | Struktur khas pada neuron motor ini menerima impuls dari sistem saraf pusat dan melakukan gerak balas |
Sistem saraf manusia adalah istimewa. Kadang-kadang kita boleh bergerak balas dengan cepat dan otomatik apabila kita menerima ransangan yang mungkin memudaratkan kita. Gerak balas yang berlaku dengan cepat dan tanpa berfikir ini disebut sebagai "tindakan refleks". Tindakan refleks tidak melibatkan otak tetapi pergerakan impuls hanya melalui saraf tunjang sahaja. Contohnya apabila kita tersentuh sterika panas, gerak balas menarik tangan dengan cepat merupakan tindakan refleks. Tindakan ini memastikan badan kita tidak tercedera dengan teruk. Pergerakan impuls(maklumat) semasa tindakan refleks disebut "arka refleks" ialah :
Selain daripada reseptor biasa yang ditemui pada organ deria kita, para saintis telah mengenal pasti sejenis reseptor pada otot-otot dan tendon yang terlibat dengan pergerakan badan apabila kita melakukan aktiviti tanpa penglihatan. Reseptor ini disebur "reseptor regang". Reseptor regang terlibat secara langsung dalam Deria Kinestesis yang juga berfungsi mengimbangkan badan dan membolehkan seseorang mengkoordinasikan badan dalam keadaan gelap.
3. OTAK KITA
Selain dari neuron-neuron, otak adalah bahagian yang terpenting dalam sistem saraf kita. Otak merupakan pusat kawalan semua aktiviti badan. Mari kita belajar mengenali otak.Otak terdiri daripada 3 bahagian :-
a. SEREBRUM - mengawal deria dan tindakan terkawal.
b. SEREBELUM - mengawal keseimbangan badan.
c. MEDULA OBLONGATA - mengawal tindakan luar kawal seperti pergerakan jantung.
Tindakan terkawal dikawal oleh serebrum. Contoh tindakan terkawal ialah membaca, menunggang basikal dan menyanyi.
Tindakan luar kawal pula dikawal oleh medula oblongata. contoh tindakan luar kawal ialah degupan jantung, pergerakan usus ["peristalsis"] dan kadar pernafasan.
Otak juga membolehkan kita berupaya menaakul dan berfikir dengan baik. Ini menyebabkan seseorang manusia mempunyai minda. Minda yang baik dipengaruhi oleh faktor pemakanan, penyakit otak dan kecederaan otak semasa kemalangan.
Saintis telah mengenalpasti bahagian-bahagian serebrum yang mengawal aktiviti badan. Contohnya bahagian penghujung belakang serebrum terlibat dengan penglihatan dan tengah atasnya mengawal pergerakan anggota badan.
4. KOORDINASI KIMIA
Bergandingan dengan koordinasi saraf, koordinasi kimia dikawal oleh hormon dan kelenjar endokrin. Hormon adalah bahan kimia dalam badan yang mengawal aktiviti badan. Hormon dihasilkan oleh bahagian badan yang disebut sebagai kelenjar endokrin. Kelenjar endokrin juga digelar "kelenjar tanpa duktus" kerana ia membebaskan hormon terus ke dalam aliran darah kita.Manusia mempunyai 6 jenis kelenjar endokrin utama iaitu :-
a. Pituitari - terletak dalam otak ia mengawal kelenjar lain serta berfungsi dalam pertumbuhan.
b. Tiroid - terletak di tepi leher ia mengawal metabolisme, perkembangan otak.
c. Adrenal - terletak di atas ginjal ia menolong seseorang menghadapi kecemasan.
d. Pankreas - terletak di pankreas ia mengawal aras gula dalam darah.
e. Ovari (perempuan) - terletak dalam ovari ia mengawal perkembangan seks.
f. Testis (lelaki) - terletak dalam testis ia mengawal perkembangan seks.
Jika kuantiti hormon ini tidak seimbang ia akan mencacatkan aktiviti badan. contohnya jika hormon yang dikeluarkan dari pankreas tidak mencukupi, seseorang akan menghidap penyakit kencing manis.
5. PERBANDINGAN KOORDINASI SARAF DAN KOORDINASI KIMIA
Walaupun kedua-dua koordinasi saraf dan koordinasi kimia berfungsi mengkoordinasikan aktiviti badan, namun kita boleh membandingkan dan membezakan kedua-duanya.| KOORDINASI SARAF | KOORDINASI KIMIA |
|---|---|
| Dikawal oleh sistem saraf | Dikawal oleh sistem endokrin |
| Maklumat dihantar dalam bentuk IMPULS | Maklumat dihantar dalam bentuk HORMON |
| Gerak balasnya boleh dipercepat atau diperlambatkan | Gerak balas adalah lambat |
| Pusat kawalan adalah otak dan saraf tunjang | Pusat kawalan adalah kelenjar-kelenjar |
6. DADAH MENGGANGGU KOORDINASI !!!
Walaupun kita telah dikurniakan dengan badan yang mampu mengkoordinasikan aktivitinya terdapat 2 bahan yang boleh mengganggunya. Bahan itu ialah dadah dan alkohol.
Dadah merupakan bahan kimia yang boleh mengubah fungsi badan. Contoh dadah ialah heroin. Dadah dikenali sebagai "bahan psikoaktif" kerana ia mampu mengubah perlakuan seseorang setelah menyerang sistem saraf kita.
Pengambilan dadah boleh mendatangkan kesan buruk kepada badan kita.
Kesan dadah secara :-
a. Fizikal - mata merah, hidung berair. Dadah merupakan bahan kimia yang boleh mengubah fungsi badan. Contoh dadah ialah heroin. Dadah dikenali sebagai "bahan psikoaktif" kerana ia mampu mengubah perlakuan seseorang setelah menyerang sistem saraf kita.
Pengambilan dadah boleh mendatangkan kesan buruk kepada badan kita.
Kesan dadah secara :-
b. Mental - gila, tidak boleh menumpukan perhatian.
c. Psikologi - tidak waras, marah-marah.
d. Fisiologi - gerakbalas lambat, imuniti lemah.
e. Sosial - tidak mahu bergaul dan menimbulkan masaalah seperti mencuri dan menghisap gam.
f. Ekonomi - hilang sumber pendapatan dan menghabiskan duit kerajaan.
7. ALKOHOL JUGA MERBAHAYA !!
Alkohol menjejaskan fungsi otak dan koordinasi badan. Keadaan ini mengakibatkan peningkatan kadar kemalangan serta masaalah rumah tangga. Pengambilan alkohol juga boleh mencacatkan bayi dalam kandungan.8. JAGALAH BADAN ANDA
Setelah mempelajari koordinasi badan, kita seharusnya menghargai fungsi koordinasi saraf dan koordinasi kimia. Dengan adanya kedua-dua koordinasi ini badan kita boleh melakukan aktiviti dengan sempurna. Penjagaan kesihatan mental juga penting supaya kita hidup dalam harmoni dan bahagia. Kita hendaklah menjauhkan diri dari gejala penyalahgunaan dadah serta ketagihan alkohol.Disediakan oleh Johnny Lim
Nuclear Energy
Bab 5 Tenaga Nuklear
1. MEMAHAMI BAHAN RADIOAKTIF
Pernahkah anda mendengar bom nuklear?. Bom nuklear adalah sejenis bom yang menghasilkan tenaga yang sangat tinggi dan memusnahkan. Tenaga kuat ini dihasilkan oleh bahan radioaktif.Kita akan mengkaji sedikit tentang bahan radioaktif.
Bahan radioaktif ialah unsur yang :-
a. nukleusnya tidak stabil
b. nukleusnya mereput secara spontan
c. memancarkan sinaran radioaktif (alfa, beta dan gamma)
Alat yang boleh mengesan sinaran radioaktif ialah Tiub Geiger-Muller, Elektroskop daun emas dan Kebuk awan.
Bahan radioaktif yang kebanyakannya logam adalah senang mereput(decay). Apabila mereput ia boleh menghasilkan sinaran radioaktif yang merbahaya kepada kehidupan. Terdapat 3 jenis sianaran radioaktif yang berbeza.
Jadual berikut menunjukkan perbezaan sinaran radioaktif.
| SINARAN | ALFA | BETA | GAMMA |
|---|---|---|---|
| Kuasa penembusan | dihalang oleh sekeping kertas | dihalang oleh kepingan aluminium (3mm) | dihalang oleh kepingan plumbum (10cm) |
| Ciri runut dalam kebuk awan | lurus dan tebal | garis halus dan bergelombang | pendek, halus dan bertaburan |
| Cas | + | - | neutral |
2. PENGHASILAN TENAGA NUKLEAR
Penghasilan tenaga nuklear dari bahan radioaktif dijalankan dalam reaktor nuklear. Bahan radioaktif dibedil(tembak) dengan menggunakan alat khas yang mengeluarkan neutron. Neutron yang terkena bahan radioaktif akan memecahkan nukleusnya untuk menghasilkan bahan radioaktif yang baru. Dalam proses ini tenaga yang sangat kuat terhasil. Tenaga ini dinamakan sebagai TENAGA NUKLEAR. Proses penghasilan tenaga ini adalah proses yang terkawal supaya tidak ada letupan berlaku.Proses ini ialah "Tindakbalas Berantai".Tenaga nuklear yang terhasil boleh digunakan untuk memanaskan air. Stim yang terhasil digunakan untuk menggerakkan turbin penjana elektrik. Mari lihat komponen reaktor nuklear tempat terhasilnya tenaga ini. 3 bahagian reaktor nuklear adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut.| BAHAGIAN | BAHAN API | MODERATOR | SISTEM PENYEJUK |
|---|---|---|---|
| KOMPONEN | Bahan radioaktif yang membekalkan tenaga nuklear seperti uranium | Bahan yang melambatkan tindak balas contohnya grafit | Sistem yang mengurangkan tenaga haba |
3. KEGUNAAN LAIN BAHAN RADIOAKTIF
Selain menghasilkan tenaga elektrik (Malaysia belum lagi ya..), bahan radioaktif juga mempunyai kegunaan lain seperti yang ditunjukkan jadual berikut.| BIDANG | KEGUNAAN | CONTOH BAHAN |
|---|---|---|
| Perindustrian | Mengesan kebocoran paip bawah tanah | radioisotop iodin |
| Pertanian | Mengkaji kesan resapan nutrien oleh tumbuhan | fosforus-32 |
| Perubatan | Membunuh sel barah | kobalt-60 |
| Arkeologi | Menentukan umur bahan purba (teknik ini dinamakan "Pentarikhan Karbon") | karbon-14 |
4. KESAN NEGATIF PENGGUNAAN BAHAN RADIOAKTIF
Jika tidak dikawal, penggunaan bahan radioaktif senang membawa kemudaratan kepada kehidupan. Jadual berikut menerangkan beberapa kesan negatif penggunaan bahan radioaktif.| KESAN AKIBAT | KESAN | CARA MENGATASI |
|---|---|---|
| KEMALANGAN | alam sekitar tercemar, maut,kanser, kemandulan | Penggunaan reaktor nuklear hendaklah dihadkan |
| PENCEMARAN SISA RADIOAKTIF | alam sekitar tercemar, kanser, kehidupan akuatik terjejas | Pembuangan sisa r/aktif hendaklah dilaksanakan dengan baik seperti tempat pelupusan dasar laut atau gurun. |
| PEPERANGAN | Pembinaan senjata pemusnah yang besar | Menghadkan penggunaan bahan radioaktif dalam pembinaan senjata |
- Menyimpan dalam kotak plumbum yang tebal.
- Bilik penyimpanan hendaklah ditandakan dengan simbol radioaaktif.
Pengendalian bahan radioaktif yang sempurna juga harus dilaksanakan seperti
- memakai "pakaian perisai plumbum" dan lencana filem
- menggunakan robot atau alat kawalan jauh serta alat pengesan Geiger-Muller.
5. BAHAN RADIOAKTIF IALAH PENEMUAN MANUSIA YANG MENAKJUBKAN
Memang tidak dapat dinafikan bahawa penemuan bahan radioaktif adalah penemuan yang sangat penting dan menakjubkan. Perkembangan teknologi nuklear sedang berkembang dengan pesat diseluruh dunia. Ianya dimajukan bagi kebaikan umat manusia. Kita hendaklah ingat bahawa penemuan ini juga mendatangkan keburukan jika ia disalahgunakan seperti pembangunan senjata nuklear. Pembinaan senjata nuklear menggugat keselamatan dunia secara menyeluruh. Kita hendaklah menghayati dan menghargai anugerah Tuhan yang telah mencipta pelbagai bahan dalam alam yang boleh digunakan untuk kesejahteraan umat manusia. Pada masa hadapan mungkinkah kita akan menggunakan "kereta nuklear" yang berupaya menyimpan tenaga untuk kegunaan berpuluh-puluh tahun?.Wednesday, September 1, 2010
light, colour and sight
Bab 7 Cahaya dan Penglihatan
PEMBENTUKAN IMEJ
Sifat imej cermin satah ialah songsang sisi, sama saiz dan jarak objek-cermin sama dengan jarak imej-cermin, maya. Ciri imej kanta cembung ialah nyata, iaitu imej boleh dipaparkan pada skrin. Kanta cekung pula membentuk imej yang maya, iaitu imej yang tidak boleh dipaparkan pada skrin. Kita boleh melukis sinar cahaya yang memasuki sesuatu kanta. Komponen utama rajah sinar yang melalui kanta ialah :-
- pusat optik - titik ditengah-tengah kanta.
- paksi utama - garis mendatar yang melaui pusat optik.
- Titik fokus - titik dimana sinar ditumpukan.
- Titik 2f - titik yang panjangnya 2 X ganda jarak fokus.
- Imej - imej yang terbentuk.
Satu lagi lihat rajah sinar kanta cembung jika jarak objek berubah-ubah
Jika kita diberi satu kanta, bagaimanakah kita boleh menentukan jarak fokus(focul point) kanta itu?.
PEMBENTUKAN IMEJ OLEH MATA DAN ALAT OPTIK
Jadual berikut menunjukkan prinsip operasi beberapa alat optik.
| ALAT OPTIK | PRINSIP OPERASI | SIFAT IMEJ |
|---|---|---|
| Periskop | sinar dipantulkan pada 2 cermin stah yang selari. Cermin diletakkan pada sudut 45 darjah dalam kotak | Maya, tegak, sama saiz dengan objek |
| Kanta Pembesar | objek diletakkan kurang dari j/f | maya tegak, lebih besar dari objek |
| Kamera | kanta cembung menumpukan sinar dari imej jauh ke filem | nyata songsang dan menegcil |
| Mikroskop | tediri dari 2 kanta - kanta objektif dan kanta mata. kanta objektif membentuk imej nyata, songsang dan membesar dihadapan kanta mata. Kanta mata membesarkan imej kanta objektif itu. | akhirnya ciri imej ialah : maya,songsang dan lebih besar dari objek |
| Teleskop | terdiri dari 2 kanta - kanta objektif dan kanta mata. kanta objektif menumpukan sinar cahaya yang jauh membentuk imej yang nyata, songsang dan mengecil dititik fokus kanta mata. kanta mata membesarkan imej kanta objektif itu. | ciri imej terakhir ialah : infiniti, maya songsang dan lebih besar dari objek |
Berikut adalah bahagian mata dan fungsinya.
| BAHAGIAN MATA | FUNGSI |
|---|---|
| Gelemair ("VITREOUS HUMOR") dan Gelemaca | membantu dalam pemfokusan imej |
| Kornea ("CORNEA') | bahagian lutsinar di hadapan mata yang membenarkan sinar masuk |
| Iris | menyebabkan anak mata ("PUPIL") membesar atau mengecil - mengawal amaun cahaya masuk ke dalam mata |
| Otot Silia | boleh mengendur-kanta mata menipis boleh mengecut-kanta mata menebal |
| Kanta Mata ("LENS") | memfokuskan sinar cahaya yang masuk |
| Retina | bahagian dimana imej terbentuk. Ia mengandungi sel optik |
| Saraf Optik ("OPTIC NERVE") | mencetusdan menghantar impuls ke otak untuk ditafsirkan |
Mata mempunyai mekanisma tertentu apabila ia melihat objek.
- Kanta mata boleh diselaraskan untuk melihat objek dekat dan jauh.
- Apabila melihat objek jauh, otot silia mengendur, kanta mata menipis dan imej difokuskan ke retina.
- Apabila melihat objek dekat, otot silia mengecut, kanta mata menebal dan imej difokuskan ke retina.
Lihat bertapa istimewanya organ yang digelar "mata".
Satu lagi alat optik yang boleh membentuk imej ialah KAMERA LUBANG JARUM Gambarajah di bawah menunjukkan keratan rentas kamera lubang jarum.
TRANSLASI (Terms translation)
Object=objek, Image=imej, Pinhole=lubang jarum, Screen=skrin, Eye=mata, Light rays=sinar cahayaMata dan kamera beroperasi mengikut prinsip yang sama. Kanta mata dan kanta kamera berfungsi memfokuskan cahaya. Imej terbentuk pada retina mata manakala imej bagi kamera terbentuk pada filem. Mata dan kamera membentuk imej yang lebih kecil dari objek, songsang dan nyata.
PENYEBARAN CAHAYA
Penyebaran cahaya ialah "pemecahan" cahaya putih kepada spektrum cahaya (m/j/k/h/b/i/u). Penyebaran cahaya putih boleh dilakukan dengan prisma kaca kerana setiap spektrum ini bergerak pada kelajuan yang berbeza dalam kaca.
Perhatikan rajah di bawah.
Warna unggu paling banyak dibiaskan kerana ia lambat bergerak dalam kaca.
Warna merah pula paling sedikit dibiaskan kerana ia bergerak laju dalam kaca.
Fenomena alam yang melibatkan penyebaran cahaya adalan pembentukan pelangi. Fenomena pelangi terjadi apabila cahaya dibiaskan dalam titisan air menghasilkan spektrum cahaya. Pelangi kelihatan apabila terdapat hujan renyai-renyai dan cahaya matahari yang memancar di belakang seorang pemerhati.
PENYERAKAN CAHAYA
Penyerakan cahaya adalah keadaan dimana cahaya dipantulkan oleh molekul udara di langit. Ini menyebabkan fenomena:-
b. Matahari kemerahan pada waktu senja.
| LANGIT KEBIRUAN | MATAHARI KEMERAHAN DI WAKTU SENJA |
|---|---|
| spektrum berwarna biru banyak diserakkan oleh molekul udara di langit | Spektrum merah tidak diserakkan maka ia terus masuk ke mata pemerhati |
Anda boleh melakukan eksperimen sendiri di rumah untuk melihat kesan penyerakan cahaya.
PENAMBAHAN DAN PENOLAKAN WARNA
Dalam penambahan cahaya berwarna, warna primer ialah merah, biru dan hijau. Penambahan warna-warna primer boleh membentuk warna sekunder iaitu cyan, magenta dan kuning. Lihat jadual dibawah.
| WARNA SEKUNDER | HASIL PENAMBAHAN WARNA PRIMER :- |
|---|---|
| Magenta | Merah + Biru |
| Cyan | Biru + Hijau |
| Kuning | Merah + hijau |
Nak lihat penambahan warna dengan lebih mendalam
PENCAMPURAN PIGMEN (CAT)
Pigmen adalah "bahan bewarna" (cat/watercolor) yang boleh memantul dan menyerap cahaya warna tertentu. Contohnya, pigmen warna merah hanya memantulkan cahaya merah sahaja. jika baju berwarna merah disuluh dengan cahaya hijau, cahaya hijau ini akan diserap oleh pigmen merah. Tiada cahaya yang dipantulkan. Baju itu kelihatan hitam.
WARNA DAN SAYA
Warna memainkan peranan penting kepada kehidupan. Antaranya adalah :-
| MANUSIA | HAIWAN |
|---|---|
|
|
Mengapakah anda tidak suka menggunakan pakaian sekolah? Kerana anda bosan dengan warna hijau dan putih betul tak!!! Sebab itulah pihak sekolah mengadakan "mufti day" supaya anda boleh menggunakan pakaian pelbagai warna. Neh...cikgu tahulah secret anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)