Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Thursday, September 2, 2010

Nuclear Energy

Bab 5 Tenaga Nuklear

 

1. MEMAHAMI BAHAN RADIOAKTIF

Pernahkah anda mendengar bom nuklear?. Bom nuklear adalah sejenis bom yang menghasilkan tenaga yang sangat tinggi dan memusnahkan. Tenaga kuat ini dihasilkan oleh bahan radioaktif.
Kita akan mengkaji sedikit tentang bahan radioaktif.
Bahan radioaktif ialah unsur yang :-
a. nukleusnya tidak stabil
b. nukleusnya mereput secara spontan
c. memancarkan sinaran radioaktif (alfa, beta dan gamma)


Alat yang boleh mengesan sinaran radioaktif ialah
Tiub Geiger-Muller, Elektroskop daun emas dan Kebuk awan.
Bahan radioaktif yang kebanyakannya logam adalah senang mereput(decay). Apabila mereput ia boleh menghasilkan sinaran radioaktif yang merbahaya kepada kehidupan. Terdapat 3 jenis sianaran radioaktif yang berbeza.
Jadual berikut menunjukkan perbezaan sinaran radioaktif.

SINARAN ALFA BETA GAMMA
Kuasa penembusan dihalang oleh sekeping kertas dihalang oleh kepingan aluminium (3mm) dihalang oleh kepingan plumbum (10cm)
Ciri runut dalam kebuk awan lurus dan tebal garis halus dan bergelombang pendek, halus dan bertaburan
Cas + - neutral

 

2. PENGHASILAN TENAGA NUKLEAR

Penghasilan tenaga nuklear dari bahan radioaktif dijalankan dalam reaktor nuklear. Bahan radioaktif dibedil(tembak) dengan menggunakan alat khas yang mengeluarkan neutron. Neutron yang terkena bahan radioaktif akan memecahkan nukleusnya untuk menghasilkan bahan radioaktif yang baru. Dalam proses ini tenaga yang sangat kuat terhasil. Tenaga ini dinamakan sebagai TENAGA NUKLEAR. Proses penghasilan tenaga ini adalah proses yang terkawal supaya tidak ada letupan berlaku.Proses ini ialah "Tindakbalas Berantai".Tenaga nuklear yang terhasil boleh digunakan untuk memanaskan air. Stim yang terhasil digunakan untuk menggerakkan turbin penjana elektrik. Mari lihat komponen reaktor nuklear tempat terhasilnya tenaga ini. 3 bahagian reaktor nuklear adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut.


BAHAGIAN BAHAN API MODERATOR SISTEM PENYEJUK
KOMPONEN Bahan radioaktif yang membekalkan tenaga nuklear seperti uranium Bahan yang melambatkan tindak balas contohnya grafit Sistem yang mengurangkan tenaga haba

 

3. KEGUNAAN LAIN BAHAN RADIOAKTIF

Selain menghasilkan tenaga elektrik (Malaysia belum lagi ya..), bahan radioaktif juga mempunyai kegunaan lain seperti yang ditunjukkan jadual berikut.


BIDANG KEGUNAAN CONTOH BAHAN
Perindustrian Mengesan kebocoran paip bawah tanah radioisotop iodin
Pertanian Mengkaji kesan resapan nutrien oleh tumbuhan fosforus-32
Perubatan Membunuh sel barah kobalt-60
Arkeologi Menentukan umur bahan purba (teknik ini dinamakan "Pentarikhan Karbon") karbon-14



 

4. KESAN NEGATIF PENGGUNAAN BAHAN RADIOAKTIF

Jika tidak dikawal, penggunaan bahan radioaktif senang membawa kemudaratan kepada kehidupan. Jadual berikut menerangkan beberapa kesan negatif penggunaan bahan radioaktif.


KESAN AKIBAT KESAN CARA MENGATASI
KEMALANGAN alam sekitar tercemar, maut,kanser, kemandulan Penggunaan reaktor nuklear hendaklah dihadkan
PENCEMARAN SISA RADIOAKTIF alam sekitar tercemar, kanser, kehidupan akuatik terjejas Pembuangan sisa r/aktif hendaklah dilaksanakan dengan baik seperti tempat pelupusan dasar laut atau gurun.
PEPERANGAN Pembinaan senjata pemusnah yang besar Menghadkan penggunaan bahan radioaktif dalam pembinaan senjata
Jika perlu penggunaan bahan radioaktif hendaklah diuruskan dengan baik. Sebagai contoh ianya hendaklah disimpan dengan cara yang sempurna. Cara penyimpanan bahan radioaktif ialah :-
  • Menyimpan dalam kotak plumbum yang tebal.
  • Bilik penyimpanan hendaklah ditandakan dengan simbol radioaaktif.

Pengendalian bahan radioaktif yang sempurna juga harus dilaksanakan seperti

  • memakai "pakaian perisai plumbum" dan lencana filem
  • menggunakan robot atau alat kawalan jauh serta alat pengesan Geiger-Muller.



5. BAHAN RADIOAKTIF IALAH PENEMUAN MANUSIA YANG MENAKJUBKAN

Memang tidak dapat dinafikan bahawa penemuan bahan radioaktif adalah penemuan yang sangat penting dan menakjubkan. Perkembangan teknologi nuklear sedang berkembang dengan pesat diseluruh dunia. Ianya dimajukan bagi kebaikan umat manusia. Kita hendaklah ingat bahawa penemuan ini juga mendatangkan keburukan jika ia disalahgunakan seperti pembangunan senjata nuklear. Pembinaan senjata nuklear menggugat keselamatan dunia secara menyeluruh. Kita hendaklah menghayati dan menghargai anugerah Tuhan yang telah mencipta pelbagai bahan dalam alam yang boleh digunakan untuk kesejahteraan umat manusia. Pada masa hadapan mungkinkah kita akan menggunakan "kereta nuklear" yang berupaya menyimpan tenaga untuk kegunaan berpuluh-puluh tahun?.

No comments:

Post a Comment