Thursday, October 21, 2010

TEKNIK MENJAWAB SOALAN SAINS TERAS KERTAS 2 BAHAGIAN A (PART 1)

Salam sejahtera cikgu ucapkan kepada semua. Peperiksaan SPM makin hampir, begitu juga dengan peperiksaan akhir tahun. Ada sesetengah sekolah di daerah atau negeri telah pun bermula peperiksaan akhir tahun. Di sini cikgu ingin berkongsi sedikit tips bagaimana untuk menjawab soalan kertas 2 Bahagian A. Dalam ' part 1 '  cikgu menerangkan bagaimana mengenalpasti pembolehubah yang terdapat pada soalan. Ingat jawapan dalam bahagian A ini 50% terdapat pada soalan itu sendiri. Untuk itu, sila klik pautan dibawah.

Teknik menjawab bhg A kertas 2 Sains Teras.pdf
 Cikgu ucapkan selamat menghadapi peperiksaan dan selamat berjaya.

Wednesday, October 20, 2010

CIKGU KENAPA TAK BOLEH JAWAB SOALAN SAINS TERAS NI...TAK BOLEH SCORE...?......

“Cikgu kenapa tak boleh jawab soalan sains ni…, kenapa tak boleh score…..saya dah baca buku teks , dah baca buku rujukan dah hafal semua formula masih lagi tak boleh jawab, terutama kertas2. Macam ni susahle saya”. “Betulke awak dah baca  semua?. Kan ada versi Bahasa Melayu kan..kalau kurang mahir dalam Bahasa Inggeris”. 

Inilah perbualan biasa dengan pelajar. Setiap kali selepas peperiksaan samada pertengahan tahun, akhir tahun atau percubaan. Saban tahun cikgu menghadapi situasi begini. Sebenarnya ada beberapa faktor mengapa pelajar tidak dapat menjawab soalan Sains Teras terutamanya kertas 2. Faktor-faktor tersebut sering diperkatakan oleh penceramah motivasi seperti teknik belajar, pemakanan, tidur yang tak cukup, hubungan dengan ibubapa, guru dan Allah S.W.T.



Disini cikgu ingin nyatakan 2 (berkaitan dengan Sains Teras) faktor mengapa pelajar tidak dapat menjawab soalan Sains Teras dengan baik.
Kita ambil contoh pelajar yang ingin mengambil ujian memandu samada motosikal atau kereta . Bolehkah kita belajar memandu dan pakir dengan hanya membaca manualnya sahaja. Bayangkan anda membaca  dan menghafal  manual pemanduan kereta selama sebulan dan selapas itu pergi mengambil ujian tanpa berlatih memandu. Silap haribulan kita boleh menyebabkan kematian kepada penguji maupun kita sendiri. Ini sama juga dengan ahli-ahli sukan , pertandingan tanpa latihan(hanya membaca syarat dan manual pertandingan)tidak akan memberi makna apa-apa.

Perkara pokoknya ialah latihan. Pelajar seharusnya membuat latihan  terutamanya soalan-soalan tahun lepas. Boleh mengikut bab demi bab (topical) . Biasakan menjawab soalan-soalan tahun lepas  kerana bentuk soalan SPM  sama setiap tahun. Kadang-kadang terdapat juga soalan yang diulang semula tetapi telah diubah suai.
Latihan ini pula mestilah disertai dengan tunjuk ajar dari guru. Ingat belajar tanpa guru boleh membawa kita menjadi sesat. Seringlah bertanya dengan guru tentang teknik  menjawab yang betul, mudah cepat dan tepat. Carilah guru yang berpengalaman terutamanya yang biasa menanda kertas SPM atau menggubal soalan. 

Seterusnya. jangan malas membaca soalan. Cikgu dapati ramai pelajar yang malas membaca soalan terutamanya apabila soalan itu terlalu panjang. Pelajar meninggalkan begitu sahaja soalan tersebut dan akhirnya mereka ‘tembak’ . Ini sering berlaku pada kertas 1.  Bagi soalan kertas 2 , terdapat pelajar tidak membaca soalan utama. Pelajar terus sahaja menjawab soalan bahagian-bahagian kecil . Kebanyakkan maklumat terdapat dalam soalan utama.Bagi bahagian A(kertas 2) lebih 50% jawapan terdapat pada maklumat yang disertakan dalam soalan utama. Jangan terlalu gopoh. Baca soalan dengan teliti . Fahamilah kehendak soalan.


Inilah diantara punca-punca yang cikgu dapat kesan mengapa pelajar tidak dapat menjawab soalan sains dengan baik walaupun sudah belajar(membaca buku), menghafal dan sebagainya.
Dikesempatan ini cikgu ingin mengucapkan selamat berjaya kepada calon-calon SPM. Banyakkan berdoa. Ingatlah belajar kerana Allah dan Rasul. Insyaallah  kita akan berjaya.

Sunday, October 17, 2010

MAJLIS PERPISAHAN TUAN HAJI MUIN BIN ABDUL GPK KOKURIKULUM


Pada hari Jumaat 8.10. 2010 telah berlansung majlis perpisahan Tuan Haji Muin bin Abdul GPK KoKurikulum SMK. Buloh Kasap. Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Penolong Kanan SMK Ahmad Arshad, Batu Anam. Beliau telah berkhidmat di SMK Buloh Kasap selama 10 tahun bermula 1.4.2000. Sebelum ini beliau bertugas di SMK Tinggi Segamat. Beliau berpindah ke SMK Buloh Kasap sebagai guru biasa kemudian dilantik sebagai GKMP Bahasa dan seterusnya dilantik sebagai GPK KoKurikulum.Sepanjang beliau menjadi GPK Ko Kurikulum banyak kejayaan telah dicapai dan diantaranya telah menempa nama diperingkat kebangsaan. Beliau akan mula berkhidmat sebagai Guru Penolong Kanan pada 16.9. 2010. Tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Muin bin Abdul dan selamat maju jaya.
ucapan terakhir




Puan Noraini Ahmad

En. Lim Tou Suan

Ustaz Kairul Azman

Pengerusi bililk guru(En. Zahrul)

En Khider Guru Penolong Kanan

Tuan Pengetua ( Miss Lee Geok Eng)

Penghargaan..



Selamat Tinggal SMKBK