Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Friday, September 2, 2011

GURU KERJA LUAR


ARKIB : 02/09/2011

Guru kerja luar semakin serius, kementerian perlu kaji

KUALA LUMPUR 1 Sept. – Kementerian Pelajaran perlu melakukan pemantauan yang menyeluruh berhubung fenomena guru membuat kerja ‘luar’ kerana ia boleh mengganggu dasar pendidikan negara.
Sambil menyifatkan fenomena itu semakin serius kebelakangan ini, Pensyarah Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Anuar Ahmad berkata, Kementerian Pelajaran juga perlu menjalankan kajian mengenai perkara itu bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.
‘‘Oleh kerana tiada data yang dapat membuktikan hal ini berlaku, sukar untuk Kementerian Pelajaran mengambil langkah mengatasinya.
‘‘Pihak persatuan guru juga pasti akan menafikannya tetapi cubalah bertanyakan kepada ibu bapa kerana sebahagian besar daripada rungutan mengenai perkara ini datangnya daripada mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Menurut Anuar, antara kerja luar yang sinonim dengan guru adalah mengajar di kelas tuisyen berbayar, terlibat dengan perniagaan skim piramid (MLM), menjadi ejen insurans serta pelbagai produk seperti pakaian, aksesori perhiasan dan barangan kecantikan.
Katanya, disebabkan komitmen pemikiran, masa dan tenaga lebih terarah kepada kerja luar, ada guru yang mengabaikan tugasan hakiki iaitu pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
‘‘Akibatnya guru-guru ini secara fizikalnya akan menjadi letih dan tiada masa untuk membuat persediaan pengajaran.
‘‘Tidak hairan selepas 13 tahun anak-anak kita di sekolah rendah, namun masih belum berkeupayaan untuk menulis walau hanya sebaris ayat bahasa Inggeris dengan lengkap,” katanya.
Apa yang membimbangkan, kata Anuar, disebabkan sistem pendidikan negara tidak membenarkan ulangan kelas, pelajar yang gagal menguasai pelajaran juga akan tetap mengikuti kenaikan kelas.
Ditanya adakah faktor gaji menjadi penyebab utama, Anuar berkata, skim gaji guru ketika ini sebenarnya masih boleh memenuhi semua keperluan hidup dengan baik dan berkualiti.
‘‘Tetapi ada guru yang masih belum berpuas hati bila membandingkan pendapatannya dengan eksekutif di sektor korporat yang berpendapatan berlipat kali ganda.
‘‘Apa yang lebih diperlukan ialah memastikan setiap guru benar-benar memahami tanggungjawab mereka,” katanya.




Adakah kerana guru kerja di luar pelajar tidak boleh menulis sebaris ayat dalam Bahasa Inggeris......kepada yang berpendapat sebegini marilah turun ke sekolah dan hadapinya bersama dan merasa nikmat mengajar.anak-anak sekolah...dan cubalah sama-sama merasa skim gaji guru....(tidak perlu banding dengan sektor korperat tapi bandingkan  dengan sektor pendidikan yang lain.....kenaikan gred yang perlu tunggu puluhan tahun)

Monday, August 1, 2011

Thursday, May 26, 2011

MAJLIS PERPISAHAN EN. MAHATHIR BIN AINI, PUAN HAJAH NURZANA DAN PUAN SITI NURKHAIRAH

Hari ini berlangsung majlis perpisahan En Mahathir GPK HEM, Puan Hajjah Nurzana, GKMP Bahasa  dan Puan Siti Nurkhairiah, Kaunselor. Majlis berlangsung secara sederhana  namun meriah dengan hadiah dan cenderahati. En Mahathir akan berpindah ke SMK Tinggi Segama sebagai GPK HEM, Puan Hajah Nurzana kana berpindah ke SMK Tinggi Segamat sebagai GKMP Bahasa dan Puna Siti ke Kemaman Terangganu mengikut suami.
Diharap mereka akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang di  tempat yang baru.
























Sunday, May 22, 2011

TEKNIK MENJAWAB SOALAN SAINS SPM KERTAS 2 BHG A (part 2)

MEMBUAT PEMERHATIAN
 Seperti yang telah dijanjikan dulu Sciencesifu uploadkan lagi Teknik Menjawab soalan Sains Teras SPM . Semoga sedikit sebanyak dapat membantu guru-guru dan para pelajar. Terima kasih.
di bawah ini link, sila klik.
http://www.docstoc.com/docs/80196343/TEKNIK-MENJAWAB

SOALAN SETENGAH TAHUN SCIENCE TINGKATAN 5 2011(PAPER 1)

 Assalamualaikum Siencesifu ucapkan. Sudah lama saya tidak update kan blog ini ( yang berkaitan dengan Mata pelajaran Sains ) Difahamkan hampir semua sekolah telah dan sedang menjalankan peperiksaan pertengahan tahun. Bagi sekolah Sciencesifu, kertas sains teras bagi tingkatan 4 dan 5 telah pun dijalankan. Dibawah ini pautan untuk kertas soalan pertengahan tahun SAINS TERAS TINGKATAN 5 2011.


PAPER 1
http://www.docstoc.com/docs/80189654/?key=NDY1ODIxZTAt&pass=MTgzMy00M2M2
SKEMA PAPER 1
http://www.docstoc.com/docs/80195395/skema-paper-1-sceince--f5-mid-term

Tuesday, May 17, 2011

TAHNIAH GPK.........KAMI TUMPANG GEMBIRA......

Selamat Hari Guru 2011

Guru akan nikmati 5 kaedah kenaikan pangkat: PM

2011/05/16

KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengumumkan berita baik buat warga pendidik yang akan menikmati lima kaedah kenaikan pangkat berkuat kuasa 1 Januari depan, dalam usaha menambahbaik skim perkhidmatan guru.

Dalam perutusan khas Hari Guru melalui rakaman video yang ditayangkan sempena pelancaran sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan Ke-40 di sini, beliau berkata kerajaan memutuskan sedemikian kerana menyedari bebanan tugas dan pengorbanan yang dibuat guru.

Pelancaran sambutan Hari Guru bertema "Guru Penjana Transfromasi Pendidikan Negara" itu di rasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pendidikan.

Perkhidmatan perguruan adalah satu-satunya perkhidmatan yang diperuntukkan dengan lima kaedah kenaikan pangkat iaitu kenaikan pangkat mengisi kekosongan jawatan, kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP), kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan, kenaikan pangkat untuk pengetua atau guru besar cemerlang dan kenaikan pangkat guru cemerlang.

Najib berkata, sebagai kesinambungan kepada keperluan transformasi kecemerlangan dalam perkhidmatan berkenaan dan dalam memartabatkan profesion keguruan di samping mengambil kira keunikan fungsi tugas guru, kaedah kenaikan pangkat khususnya berdasarkan tempoh perkhidmatan perlu diberi nafas baru.

"Kerajaan mendapati sekarang ini, majoriti guru yang bertungkus lumus di bilik darjah hanya akan mengakhiri perkhidmatan mereka cuma pada Gred DG48 setelah sekian waktu menabur bakti selama 25 tahun," katanya.

Najib berkata, kini sampai masanya laluan kerjaya guru ditambah baik demi memastikan mereka yang membentuk modal insan negara diberi pengiktirafan dan ganjaran sewajarnya.
Katanya, kaedah baru kenaikan pangkat diperkenalkan khusus kepada guru yang terbabit dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) iaitu guru wibawa dan pendeta guru, yang akan dikategorikan mengikut empat lapisan jawatan pertamanya.

"Pewujudan lapisan tersebut, termasuk guru biasa, guru kanan, guru wibawa dan pendeta guru, akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan," katanya.

Melalui konsep guru wibawa dan pendeta guru itu, Najib berkata laluan kerjaya guru dalam PDP akan diperluaskan sehingga mencapai ke gred DG54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan.

"Satu lagi berita baik bagi mereka yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan," katanya sambil menambah bahawa mereka boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.

Najib berkata, guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas masih berpeluang untuk menikmati Pergerakan Gaji Tahunan.

Beliau berkata, kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak seratus peratus dengan menambah sejumlah 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep guru wibawa dan pendeta guru.

"Kerajaan juga bersetuju untuk menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke gred DG52 yang membabitkan 1,228 jawatan sebagai membuktikan lagi kesungguhan kerajaan dalam memartabatkan profesion keguruan.

"Manakala semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah gred DG44 dinaikkan ke gred DG48, akan melibatkan 6,585 jawatan," katanya.

Najib berkata, semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster turut dinaikkan dari gred DGA32 ke gred DGA34 yang membabitkan sejumlah 99 jawatan.

"Hakikatnya, setiap seorang daripada kita tidak kiralah sama ada beliau seorang pemimpin, pentadbir, doktor, peguam, akauntan, jurutera, ahli sukan atau apa jua pun kerjayanya, terasuh dan dibimbing oleh insan yang bernama guru," katanya. - BERNAMA

Dipetik dari Berita Harian Online

Friday, April 29, 2011

MINGGU SAINS DAN MATEMATIK SMK BULOH KASAP 2011

Dengan tema 'SCIENCE AND MATHEMATICS IS THE WINDOW  TO THE WORLD'S TECHNOLOGY' SMK Buloh Kasap telah berjaya  menganjurkan Minggu Sains dan Matematik peringkat sekolah tahun 2011. Ia diadakan bermula 25 April hingga 29 April 2011. Sepanjang minggu berbagai acara dan aktiviti telah di jalankan. Terdapat juga acara dan aktiviti yang dijalankan sebelumnya seperti pertandingan rekacipta glider.

PERASMIAN






Pihak sekolah juga telah menjemput beberapa 'feeder school' yang berhampiran untuk memeriahkan Minggu Sains dan Matematik. Lima sekolah telah pun dijemput iaitu SK BULOH KASAP, SK KUALA PAYA, SRJKC BULOH KASAP, SRJKT MUAR RIVER DAN SK SEPINANG. Ini bertujuan untuk merangsang dan memupuk minat terhadap Sains dan Matematik apabila berada di sekolah menengah nanti.
LAWATAN



Terdapat beberapa acara dan pameran yang menjadi tumpuan pelajar seperti Rocket Air (paracut), Solar Car, Solar Boat , Sound Wave dan Fire Cracker.













PAMERAN














Program ini juga turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran daerah Segamat.




Semoga acara ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang dan menambah dan mepupuk minat terhadap bidang Sains dan Matematik.