Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Friday, September 2, 2011

GURU KERJA LUAR


ARKIB : 02/09/2011

Guru kerja luar semakin serius, kementerian perlu kaji

KUALA LUMPUR 1 Sept. – Kementerian Pelajaran perlu melakukan pemantauan yang menyeluruh berhubung fenomena guru membuat kerja ‘luar’ kerana ia boleh mengganggu dasar pendidikan negara.
Sambil menyifatkan fenomena itu semakin serius kebelakangan ini, Pensyarah Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Anuar Ahmad berkata, Kementerian Pelajaran juga perlu menjalankan kajian mengenai perkara itu bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.
‘‘Oleh kerana tiada data yang dapat membuktikan hal ini berlaku, sukar untuk Kementerian Pelajaran mengambil langkah mengatasinya.
‘‘Pihak persatuan guru juga pasti akan menafikannya tetapi cubalah bertanyakan kepada ibu bapa kerana sebahagian besar daripada rungutan mengenai perkara ini datangnya daripada mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Menurut Anuar, antara kerja luar yang sinonim dengan guru adalah mengajar di kelas tuisyen berbayar, terlibat dengan perniagaan skim piramid (MLM), menjadi ejen insurans serta pelbagai produk seperti pakaian, aksesori perhiasan dan barangan kecantikan.
Katanya, disebabkan komitmen pemikiran, masa dan tenaga lebih terarah kepada kerja luar, ada guru yang mengabaikan tugasan hakiki iaitu pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
‘‘Akibatnya guru-guru ini secara fizikalnya akan menjadi letih dan tiada masa untuk membuat persediaan pengajaran.
‘‘Tidak hairan selepas 13 tahun anak-anak kita di sekolah rendah, namun masih belum berkeupayaan untuk menulis walau hanya sebaris ayat bahasa Inggeris dengan lengkap,” katanya.
Apa yang membimbangkan, kata Anuar, disebabkan sistem pendidikan negara tidak membenarkan ulangan kelas, pelajar yang gagal menguasai pelajaran juga akan tetap mengikuti kenaikan kelas.
Ditanya adakah faktor gaji menjadi penyebab utama, Anuar berkata, skim gaji guru ketika ini sebenarnya masih boleh memenuhi semua keperluan hidup dengan baik dan berkualiti.
‘‘Tetapi ada guru yang masih belum berpuas hati bila membandingkan pendapatannya dengan eksekutif di sektor korporat yang berpendapatan berlipat kali ganda.
‘‘Apa yang lebih diperlukan ialah memastikan setiap guru benar-benar memahami tanggungjawab mereka,” katanya.




Adakah kerana guru kerja di luar pelajar tidak boleh menulis sebaris ayat dalam Bahasa Inggeris......kepada yang berpendapat sebegini marilah turun ke sekolah dan hadapinya bersama dan merasa nikmat mengajar.anak-anak sekolah...dan cubalah sama-sama merasa skim gaji guru....(tidak perlu banding dengan sektor korperat tapi bandingkan  dengan sektor pendidikan yang lain.....kenaikan gred yang perlu tunggu puluhan tahun)

No comments:

Post a Comment